Tuesday, 14 February 2017

Kebebasan badan kehakiman negara dalam sistem demokrasi berperlimen di Malaysia.




KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN NEGARA DALAM SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA.

         Assalamualaikum dan salam satu                                    Malaysia

PENGHARGAAN 
    Assalamualaikum W. B. T .Alhamdulillah pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kerana diberikan kesihatan yang baik dan masih lagi dapat bernafas bagi menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, ucapan penghargaan ditujukan khas kepada pensyarah Pengajian Malaysia, yang nama diberi Ustazah Binti Embong yang telah memberi tunjuk dalam melakukan tugasan ini. Selain itu tidak lupa juga penghargaan kepada kedua ibu bapa yang banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang penghasilan ini. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sekumpulan yang sanggup mengorbankan  masa dan tenaga sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sedikit sebanyak  membantu dan memberikan  tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini.
PENGENALAN
   Tajuk yang diberikan kepada kumpulan kami ialah pandangan tentang kebebasan badan kehakiman  atau judsiari negara dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia . alhamdulillah kami dapat melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin melalui beberapa sumber yang relevan. Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukan dalam perkara 121 perlembangaan persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi kehakiman ini pula dimuatkan dalam perkara 121-131 . Oleh yang demikian, sistem mahkamah telah diwujudkan bagu melaksanakan tugas-tugas kehakiman  di negara ini.
 
   Apa itu kebebasan badan kehakiman? Kebebasan badan kehakiman bermaksud ia bebas daripada kawalan pentadbiran dan perundangan. Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada kedudukannya yang tidak memihak dan bebas daripada kawalan dua cabang kerajaan yang lain, iaitu perundangan dan pentadbiran serta seseorang individu . Ini bermakna badan kehakiman bukanlah bernaung di bawah kerajaan yang sedia ada mahupun sektor-sektor lain. Ini juga memberi erti bahawa badan kehakiman tidak dengan mana-mana badan kerana ianya bebas dan boleh mendakwa sesiapa sahaja bahkan kerajaan sendiri

Isi-isinya 
   Sebelum saya memberikan pendapat tentang kebebasan badan kehakiman negara dalam sistem demokrasi berparlimen di malaysia. Saya akan menerangkan apa itu kebebasan badan kehakiman. Kebebasan badan kehakiman ini dapat dilihat perkara-perkara berikut:

  (a) Seseorang hakim iaitu hakim.         mahkamah agung  atau hakim mahkamah tinggi setelah dilantik tidak boleh dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur bersara, iaitu 65 tahun, kecuali jika didapati kelakuanya tidak baik atau kerana beliau sudah tidak berupaya(tubuh badannya subur) atau sebab-sebab lain yang boleh memberikan kesan ke atas tugasnya,barulah ia boleh dipecat. Pemecatan ini pula perlu disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat perdana menteri) yang dilantik oleh YDPA.  tribunal ini mengandungi lima atau lebih hakim yang telah bersara atau sedang memegang jawatan dari Malaysia atau mana-mana negara Komanwel.

   (b) Sasaran seorang hakim diperuntukkan   oleh Akta parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

  (c) Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah

  (d) Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen, kecuali perkars itu telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu per empat ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tersebut.

PERLANTIKAN HAKIM 
 *Perlantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.Sebelum perlantikan hakim dibuat , Perdana Menteri juga perlu berunding dengan ketua Hakim Negara.

*Dalam hal perlantikan Hakim Besar Tanah Malaysia ,beliau harus berunding dengan  dua orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi. Manakala dalam soal perlantikan Hakim Besar  Borneo, beliau perlu berunding dengan Ketua Menteri Malaysia dan Malaysia.

*Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Agung, beliau terus berunding dengan dua orang hakim besar manakala untuk pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi,  Beliau perlu berunding dengan hakim besar mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada ketua Hakim Negara

*Hakim Mahkamah sesyen dilantik oleh Yang di Pertuan Agong atas cadangan Hakim Besar. Majistret kelas Pertama bagi malaysia dilantik Yang di-pertuan Agong dan bagi negeri-negeri dilantik oleh raja /sultan/Gabenor atas cadangan Hakim Besar. Majistret kelas kedua bagi malaysia dilantik oleh yang di-pertuan agong dan bagi negeri-negeri dilantik oleh sultan/raja /Gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar

               

SISTEM DAN CORAK KEHAKIMAN di Malaysia

*Sistem kehakiman di malaysia berbentuk persekutuan sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara seperti Amerika  Syarikat, Kanada dan India. Mahkamah di Malaysia pada hari ini adalah berdasarkan sistem persekutuan  memandangkan pembentukan mahkamah-mahkamah seperti mahkamah Agung,Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen ,Mahkamah Rayuan, Mahkamah Majistret, Mahkamah Tentera,Mahkamah Buruh, Mahkamah Merinyu Kanan Galian berbentuk persekutuan di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan Negeri. 

*Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua,iaitu:
  (a) Mahkamah Persekutuan-terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Khas.

   (b) Mahkamah Negeri-terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat. 

  * Mahkamah-mahkamah yang di bawah kerajaan negeri ialah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat di Sabah dan Sarawak.  Sistem mahkamahnya ialah perkara negeri memandangkan undang-undangnya dibuat oleh badan perundangan negeri. 
                   
             MAHKAMAH PERSEKUTUAN 

1.MAHKAMAH ATASAN
    *mahkamah agung
    *Mahkamah rayuan
    *Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan.           Borneo.

2.MAHKAMAH RENDAH
   *Mahkamah Sesyen
   *Mahkamah Juvana
   *Mahkamah Majistret kelas I dan kelas II
   *Mahkamah Tuntutan Kecil
   *Mahkamah Penghulu

3.MAHKAMAH KHAS
   *Mahkamah Tentera
   *Mahkamah Perusahaan
   *Mahkamah Buruh
   *Mahkamah Khas Raja-Raja
   *Mahkamah Negeri


                   MAHKAMAH NEGERI


1.MAHKAMAH SYARIAH
  *Mahkamah Syariah Rayuan
  *Mahkamah Tinggi Syariah

2.MAHKAMAH ADAT(Sabah dan Sarawak)
   *Mahkamah Adat Daerah
   *Mahkamah pegawai/Ketua Adat
   *Mahkamah Penghulu


JENIS-JENIS MAHKAMAH DAN PERANANNYA

1.MAHKAMAH AGUNG
   :Merupakan Mahkamah yang tertinggi di.     Malaysia.
   *Dikenali juga sebagai Mahkamah.                    Persekutuan.
   *Mempunyai Kuasa untuk menyelesaikan      pertikaian antara  kerajaan  Negeri.                dengan  kerajaan  Persekutuan.
   *Berkuasa menentukan pengesahan bagi.      undang-undang yang dibuat oleh.                    Parlimen dan Dewan undangan Negeri.
   *Merupakan mahkamah tertinggi                      mendengar kes-kes rayuan dari                      Mahkamah Rayuan dan Mahkamah.              Tinggi.
   *Kes-kes rayuan meliputi kes sivil dan.            kes jenayah.
   *kes sivil yang nilai tuntutannya kurang.        daripada RM250,000 tidak boleh.                    membuat rayuan di mahkamah ini.

2.MAHKAMAH RAYUAN
   *membincangkan kes rayuan bagi kes.            jenayah sahaja.
   *Jika dibenarkan oleh Mahkamah.                    Rayuan,kes sivil boleh dibicarakan jika.        nilainya tidak kurang daripada                        rm250,000.
   *Kes-kes jenayah yang dirujuk di sini juga.      meliputi kes yang telah dikenakan oleh.        Mahkamah Tinggi.

3.MAHKAMAH TINGGI
   *Mempunyai kuasa membicarakan apa.      sahaja kesalahan yang dilakukan oleh.      warganegara Malaysia dan.                            warganegara asing yang berada di.              Malaysia. 
  *Membicarakan kes-kes sivil dan.                 jenayah
  *Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan.     kanak-kanak dan orang.                                 tidak,wasiat,perkahwinan serta                   perceraian bagi bukan Muslim dan.           bukan kemuflisan
  *Mempunyai kuasa mendengar kes.             rayuan sivil dari Mahkamah Rendah 
    yang nilainya melebihi rm250,000.
  *Bagi kes jenayah, berkuasa mendengar     kes rayuan jenayah dari Mahkamah 
    Rendah yang nilai dendanya melebihi.       RM25.
  *Memberikan nasihat kepada                         Mahkamah Rendah mengenai tatacara.     dan prosiding di Mahkamah serta soal-     soal mengenai perlembagaan.

4.MAHKAMAH SEYSYEN 
*merupakan mahkamah tertinggi dalam komponen Mahkamah Rendah.
*Membicarakan kes jenayah dan sivil.Kes sivil melibatkan nilai yang tidak melebihi RM250,000.
*kes jenayah membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah,kecuali menjatuhkan hukuman mati.
*Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.  Jika ia telah mempunyai bukti yang cukup terhadap tertuduh,ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

5.MAHKAMAH JUVANA 
*Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18.
*Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun.
*perbicaraan dijalankan secara tertutup.

6.MAHKAMAH MAJISTRET KELAS I
*Membincangkan kes-kes jenayah dan sivil.
*Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman denda.
*Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah lima tahun penjara dan denda rm10,000,sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali. Walau bagaimanapun,hukuman yang lebih tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,Akta Kastam 1957 dan Akta Keseksaan 1953.

7.MAHKAMAH MAJISTRET KELAS II 
*Kes jenayah,iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah tidak melebihi 12 bulan penjara dan denda RM1,000 atau kedua-keduanya sekali.
*Kes sivil, iaitu nilai kes tuntutan tidak melebihi RM3,000.

8.MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL
*Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000.

9.MAHKAMAH PENGHULU 
*Merupakan mahkamah yang paling rendah  dalam komponen Mahkamah Rendah.
*Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
*Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim.
*Kes sivil, iaitu melibatkan tuntutan  nilai tidak  lebih  daripada  RM50.
*Kes jenayah iaitu melibatkan denda sebanyak RM25 sahaja.
*Rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret.

10.MAHKAMAH TENTERA 
*mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera.
*Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah.
*Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya.
*Boleh menjatuhkan sebarang hukuman,kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong.
*Pesalah dari Mahkamah Tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi.
11.MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA
*Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan  Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan.
*Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.

12.MAHKAMAH SYARIAH 
*Untuk mengadili umat Islam.
*Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
*Kes sivil iaitu nafkah dan tanggungan perkahwinan, penceraian, wasiat,wakaf,pembahagian harta dan sebagainya.
*Kes jenayah iaitu berjudi, zina, tidak berpuasa, ajaran sesat, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah.
*Kesalahan yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, manakala kesalahan yang kecil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah.
*Mahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah.

13.MAHKAMAH ADAT
*Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di sabah dan sawarak.
*Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum,adat perkahwinan,undang-undang adat, adat keagamaan, dan sebagainya

PENUTUP/KESIMPULAN/CADANGAN
  
Demikianlah kedudukan institusi kebebasan badan kehakiman sebagai pemegang dan pelaksana amanah keadilan. Keutuhan wibawa institusi ini akan mengancam krisis kepercayaan yang bererti malapetaka besar bagi rakyat dan negara. Tidak akan ada lagi kedamaian dan rasa selamat. Bila- bila masa sahaja nama baik, maruah, dan kehormatan negara boleh tercemar dan hak asasi boleh tercabul. Dalam perlembagaan telah termaktub akan hak-hak asasi seperti kebebasan, bersuara, kebebasan berhimpun dan berpersatuan. kesemua hak ini hanya akan menjadi khayalan semata-mata jika hanya dilaungkan tanpa penguatkuasaa. Hak kebebasan ini menjadi tidak bermakna sekiranya mahkamah tunduk kepada arahan eksekutif. Jadi, badan kehakiman yang bebas amat perlu dalam memainkan peranan bagi menegakkan keadilan.
            Para hakim di malysia diingatkan bahawa perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi di negara ini dan sebarang undang-undang yang dililuskan yang tidak selaras dengan perlembagaan perlu diisytiharkan sebagai tidak sah. Amatlah penting sekali untuk badan kehakiman itu bebas dari pengaruh politik dan lain-lainnya. Para Hakim sepatutnya memiliki keberanian untuk menentang campur tangan sebegitu dan berani pula mengatakan kepada badan eksekutif supaya tidak mengganggu fungsi kehakiman. Para Hakim mesti menghambakan dirinya kepada undang-undang, bukannya kepada orang perseorangan. Jadi pada pandangan saya, kebebasan badan kehakiman negara dalam sistem demokrasi berparlimen di malaysia amatlah saya setuju dan sokong perkara ini seratus peratus. Hal ini demikian keranya ianya bebas daripada mana-mana badan sekalipun. Bermakna, keadilan di negara malaysia dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya tanpa pengaruh dari mana-mana badan demi untuk menjamin kemajuan dan keharmonian negara buat masa kini dan  selamanya.

                     



Rujukan 

*Buku pengajian malaysia edisi lima (m/s 204)
*Buku pengajian malaysia siri politeknik * Sumber dari google 
*Gambar dalam google


Nama ahli kumpulan:

1.Muhamad Fakhrul Syakir bin Mohamad Marzuki.
2.Wan Alimi Rafiq bin Wan Aidi Rahmat
3.Ahmad Thaqib bin Rosli

Nama pensyarah:
Puan Suria binti Embong